nuffnag

Isnin, 11 Mei 2009

SUAMI BOROI TANDA BAHAGIA??? YE KER???


SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isusuami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawasuami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awalperkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogramdan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benarartikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amatbahagia hidup berumah tangga dengan saya?
ISTERI BAHAGIA,
Hulu Langat.



JAWAPAN
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah beratbadan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pastiberlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurangwaktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masadipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidakmenentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan merekasekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumahtangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalahkerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskanbersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabilamendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelakiberkahwin dengan tujuan untuk æakan di rumah�. Lelaki akan merasa selesasetelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masihtetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malahmenurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancanganmasakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidakbergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihatsuami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yangdapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapatmengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain 慴oroi�. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yangbertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cumabahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tandamereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawabdengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan keatas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ælim� dan masih tampan.Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarangå¬amun itulah hakikatnya.Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurutkajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebihmementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula 慾emu� ataumengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabilawanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepadasuami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitikberatkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yangsebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagiisteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelahberkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin 慴ulat� atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yangmempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terusmengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannyatetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab danpenyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukanlagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali duniaini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakaisusuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwinlain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padatdan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepasberumah tangga atas faktor hubungan seks. Air æat� isteri yang mengalirmasuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkanperubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan merekabuncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor inijuga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang danbesar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukandalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin,perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecutmalah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yangtelah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudahlama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akanmempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulitisteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan spermasuami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundicouper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadarboleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segalakebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanitayang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suamicenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam jugatempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuhisteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelaminyang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidakberlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terusmelakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada jugapendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteriyang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuhisteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanitalebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda,mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.
Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperutbuncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yangtelah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau punmereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagaiisteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dananak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam.
mORAL oF tHE vALUE?? Amalkanpemakanan sihat sekeluarga.

0 ulasan :

ma pa n dani la....

ma pa n dani la....